Monday, 2 February 2015

Tazkirah : Insaf sepanjang berada di HKL

Assalamualaikum.

Jam menunjukkan pukul 10.27 malam. Nazeer dah selamat dibuai mimpi indah. Selesai solat Isyak tadi, saya mendengar perbualan Kak Ida (jiran sebelah katil) dengan seorang ibu muda. Melihat air matanya mengalir sambil menahan tangis, saya tertanya-tanya apa yang sedang berlau. Saya menyepikan diri. Biar mereka bersembang dan saya hanya duduk memandang lantai. "Saya tak bersedia nak jumpa orang kak. Saya risau sangat dengan keadaan anak. Dr pon takut nak sentuh baby. Takut perkara lebih buruk berlaku" . Itu antara bait-bait ayat yang saya dengar.

 Selesai, saya keluar beriringan dengan Kak Ida.
"Anak dia kritikal. Sekarang berada di ICU""
 "Berapa tahun kak"
 "Kecik lagi, tak sampai setahun"
 "Sakit apa kak? Anak no berapa"
 "Masalah paru- paru, tapi dia pakai oksigen. Tekanan dia terlalu tinggi. Ini anak pertama"
 "Allah, kesiannyer..dah berapa lama dia dekat sini"
 "Lama juga..beberapa bulan. Akak pesan pada dia, bisikkan di telinga anak supaya dia kuat, tahan untuk terus bernafas"
 "Yelah, kalau Allah tu kata itu yang terbaik, redha la kak"

 Kembali ke katil, saya termenung sendiri. Allah turunkan aku dugaan. Yang aku rasakan besar. Yang buat aku sedih. Tetapi bila lihat sekeliling, Allahuakhbar. Ramai yang lebih teruk dari apa yang aku alami. Rasa insaf. Rasa syukur kerana anak ini sihat. Cuma sedikit sensitif dan perlukan perhatian. Berat mata memandang, berat lagi yang melaluinya. Syukur Allah. Dengan dugaan ini, akan membuatkan diri kita lebih dekat dengan Allat Swt. Lebih menghargai kehidupan dan insan tersayang. Besar pahala bagi seorang ibu yang menjaga anak yang sedang sakit. Sabar dan ikhlas. Anak syurga ini tak mengerti apa-apa.Pada ibulah tempat dia menangis dan ketawa. Hargailah dia selagi dia bernafas. Kelak menyesal!

 Apabila saya melangkah ke wad KK5, sumpah hati saya tersentuh. Memang pada mulanya saya trauma. Melihat anak sekecil 1 minggu bergantung hidup dengan machine. Melihat ketabahan ibu menjaga anak yang sakit. Terlantar! Tubuh penuh dengan wayar! Setia menjaga dengan harapan anak itu akan bangkit dan sembuh seperti kanak-kanak lain. Kak Ida sendiri sudah menetap di hospital selama setahun. Tak pernah pulang ke rumah. Mengharapkan Sang suami untuk datang menjenguk bersama anak- anak setiap hujung bulan. Nak datang setiap minggu tak terdaya dek rumah yang jauh nun di Telok Intan· Tabah sungguh hatimu wahai ibu. Besar pahalamu. Itulah syafaatmu di akhirat kelak.

 Saya sering ceritakan pada suami keadaan pesakit disini. Sedih dan kasihan! Kata suami, itu bahagian masing-masing. Allah dah tulis sejak Luh Mahfuz lagi. Walaupon kita lihat ada orang lain yang senang, tapi pasti ada bahagiannya juga. Kelmarin, daya mendapat berita isteri adik kepada abang ipar, meninggal dunia bersalin. Tumpah darah. Anak ke-4. Anak-anak arwah masih kecil. Arwah pun cuma setahuh tua dari saya. Tapi, arwah insan terpilih. Mati syahid. Allah menjanjikan syurga pada wanita yang mati syahid bersalin. Semoga suaminya tabah dalam membesarkan anak yatim tersebut. Alfatihah.




































Hospital stay : My first antibiotics Jan 2015.

Assalamualaikum.


My little one akhirnya serah diri. This is the first time antibiotic schedule for him. Fixed 14 days straight ya my baby boo. Baby admitted dekat GH KL since di sana ada Respiratory Specialist yang akan monitor baby. 

 Hari ini masuk hari ke -8. 6 days to go. Go Go Nazeer! Nazeer ada batuk pula akibat dari jangkitan kami sekeluarga. Sekiranya batuk tak sembuh..percutian akan dipanjangkan!! Cepat-cepat sihat anak!! So far Nazeer respons dengan antibiotik. Dr akan cek balik on Wednesday dan result kahak pun akan diketahui pada hari yang sama. Result akan menunjukkan sama ada kuman apa yang menjangkiti baby. Harap semuanya akan ok dan dipermudahkan.

 Alhamdulillah, wad selesa dan sangat convinient walaupun tak dapat bilik single. Syukur dengan apa yang ada. Tak bolehlah nak letak high expectation sangat.  :-) Subsidi gomen la pulak..


 So sweet papa tanpa letih temankan baby almost every day. Demi anak kesayangan baby kuci ni yea! Thank you papa.