Friday, 23 October 2015

Rezeki dan Dugaan tu kerja Allah. Kau tau?

Assalamualaikum.

**I am talking to myself.

Jangan nak dicabar orang yang sedang diduga. Allah duga seseorang manusia sebab Allah tahu dia mampu. Walau kadang aku tak mampu. Tapi aku redha jer la. Maksudnya Allah ingat kat aku. Tak lupa. Allah nak jentik sikit. Kasi aku jangan alpa. Kasi aku jaga solat. Kasi aku jaga adab & aurat. Kasi aku rajin berdoa dari mengumpat!!

Kalau kau rezeki banyak, kau sedekah, kau bayar zakat, kau buat umrah doblas kali pon. Alhamdulillah. Kau kaya. Tuhan bagi. Kau bagus. Kumpul pahala akhirat. Tapi kau jangan pandang rendah pada orang lain. Kau jangan duga kesabarang orang yang diuji Allah.

Allah tu sayangkan orang yang sabar.

“Mereka itulah orang-orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam surga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya”. (QS. Al Furqaan 25:75)



Tetapi janganlah kau mencabar sehingga aku tergelincir ke Jahannam.
Aku bersyukur Allah pilih aku. Semua manusia di duga. Aku hairan, kadang aku tanya, kenapa bukan benda ni terjadi kat orang kaya ek? Kat Kak Ros & Abang Jibby ke..

Dugaan miskin.
Dugaan sakit.
Dugaan pekerjaan.
Dugaan dianiayai.

Tapi kau ingat, semua dugaan yang Allah turukan akan membuatkan kita menjadi lebih baik. Sebab kau akan lebih sujud padaNya. Kau akan lebih ingat padanya. Kau akan lebih beringat.

Dugaan kekayaan.

Aku takut. Kadang kau lupa! Kau kaya! Yea, kau menjadi sanjungan. Mewahnya dia didalam Facebook. Setiap tahun keluar negara. Kau lupa. Ada hati yang kau sakitkan. Hati orang yang sedang diduga. Dugaan maha hebat dari Allah yang membuatkan dia terus diam dan redha. Kau tetap dipuncak. Kau tak fikir. Cuma difikiran, kau bagus. Mulut terus bercerita. Mentertawa kesakitan aku, kesakitan orang lain. Kau memang tak faham dan aku tak mintak kau faham cuma aku mintak kau hormat dan diam!!

Its okay beb.
Nothing to worry.

Aku diam untuk kebaikan.
Aku diam untuk menenangkan.
Aku diam kerana sabar.
Aku diam kerana menjaga hati.
Aku diam kerana aku menangisi.
Aku diam kerana aku bersyukur.
Aku diam kerana aku simpan didalam hati.

I forgive you!!



Tuesday, 13 October 2015

Melentur buluh biar dari rebungnya.

Assalamualaikum.

Abang kita dah lama sekolah dengan Acim. Last time, mama rajin juga layan abang buat kerja sekolah. Tapi lately, mama macam malas. Lama abang ketinggalan. Sehinggalah satu hari wan marah mama cakap mama abaikan abang. Abaikan pelajaran abang. Hishh. Bukan abaikan lah wan. Orang Bz ni tau tak! Tapi kalau undur perahu boleh reverse, kalau undur masa , terlepas macam tu je. Anak-anak makin besar, kerja sampai mati pon tak abes. Kerja macam Manager, gaji kerani rase worth it? Tak !!

So, semalam abang mulakan balik tuisyen seperti dahulu kala. Cik Acim nyibuk sesikit lah. Bulan 12 ni genap abang 5 tahun. So far, abang ada kemajuan. Last time abang tak kenal huruf dan menulis pon "bergegeh-gegeh". Now, abang dah terror. Dah kenal huruf dan ABC secara random. Laju je menulis dan suai padan. Alhamdulillah. Mama pon rasa best je ajar abang. Abang pon syok bila mama asyik puji abang pandai.

Ingat abang, nak jadi Doctor kena belajar rajin-rajin.
Acim pon sama, sibuk nak jadi Pilot. Pergi sekolah malas. Acaner?

From now on, even cuti skool, abang dan acim kena tuisyen 1 jam sehari. Terpulang pada mood mama jugakla. Abang ni kalau buat kerja sekolah kena perhatikan. Kalau hilang mama, dia pon kelaut hilang main dengan acim. Acim kalau layan memang menjadi. Kannn!!!















Acim colour beruk, warna-warni. Nak kata tak penah jumpa beruk, tak jugak.
Orang tangan kidal memang berseni agak nyer.



Sunday, 11 October 2015

Hari ini hari Sabtu...... Mari kita pergi PD!!

Assalamualaikum.


**Note : A story as a mother begin....

Lama sungguh tak bersiaran ye anak-anak. Mama asik ponteng tulis blog. Kadang bila flip balik cerita dulu-dulu, kelakar jugak tengok kamu semua membesar. Blog ni pon mama buat untuk kamu, Untuk mama ingat semua perjalanan kehidupan kamu. Mama nak ikat ketat-ketak semua memori mama bersama kamu dari kamu kecil sampailah kamu membesar. Bukanlah mama harapkan ada follower ke apa, mama pon malas nak blogwalking, ada hati nak follower ribu-ribu..ececehhhhhh

Baiklah, tanpa membuang masa, mari mama memperkenalkan pelakon utama untuk Blog mama yang comel ni....(bunyi dram skit)


En Papa aka En Suami &
Pn Mama aka Pn Isteri


Abang kita aka Nazeef Muqri


Acim Mama aka Nazeem Mifzal



dannnnn.....
Dik Kuci aka Nazeer Musyrif


Opssss...
Sorryla, gambar mama paling banyak enter-frame, nak buek camno, korang tanak bergambar sengsorang. Nak yo selfie ngan mama kannnn!!!



Okie-Dokie.

Last saturday on 10 October 2015, we went to London. Kannnn!!! Kitorang pergi Pot Deksen Je. Bawak anak-anak jalan-jalan since lama sangat terperap ngan jerebu yang melanda. Before that, thanks a lot to our neighbor country for this "bonus" for almost every year. We Malaysian people really "appreciate" that.

Riang sungguh hati abang dan acim kannn. Cuti skool katanya. Tak payah pegi skool. Kalau bersoko korang la yang hebat kan. Bila pegi skool bantai meraung sepelaung jalan. Motipp!!!!
Memang patut Wan bed rotan ni. Malas pergi skool. Camner nak pandai. Kata nak jadi Pilot lah, Polis lah..hmmmmmm


Jomlah kita berselfie didalm kereta dulu. Papa muka redha. Ok papa.


Acim ni kang cobit elok ni.


Kesian abang kita tersepit kat belakang tu.
Kecoh lah Acim ni.

Hari-hari tengok Aeroplane. Cita-cita nak jadi Pilot.
Ok, mama doakan kamu berjaya tapi solat kena jaga tau!!
Bye-Bye Aeroplane!!!!

Haaa..cim. Kucing liar mama yang paling nakal.
Bila senyum, sepet mata macam Mashimaro.


Adik kuci, berdukung jerla... Akut..akut.
Tapi bila da turun padang, lupa diri pulak tu.


Mama lagi!



Adik kuci jadi ketua. 


Ala tomey Dik kuci posing. Amboiiiii!!



Nampak macam Newlywed tak? Ececehhhh






Aktiviti bermain belon di kala malam.


Ok jugakla. Anak-anak happy. Mama & papa suka. Korang happy, mama bahagia.
Next time kita datang lagi. Tak boleh datang selalu, kalau mama dapat 2 billion orang sedekah takpe, duit ngam-ngam je ni. Ok anak-anak , see PD next time.

Kita tido hotel la lepas ni papa, boleh kan??