Friday, 23 October 2015

Rezeki dan Dugaan tu kerja Allah. Kau tau?

Assalamualaikum.

**I am talking to myself.

Jangan nak dicabar orang yang sedang diduga. Allah duga seseorang manusia sebab Allah tahu dia mampu. Walau kadang aku tak mampu. Tapi aku redha jer la. Maksudnya Allah ingat kat aku. Tak lupa. Allah nak jentik sikit. Kasi aku jangan alpa. Kasi aku jaga solat. Kasi aku jaga adab & aurat. Kasi aku rajin berdoa dari mengumpat!!

Kalau kau rezeki banyak, kau sedekah, kau bayar zakat, kau buat umrah doblas kali pon. Alhamdulillah. Kau kaya. Tuhan bagi. Kau bagus. Kumpul pahala akhirat. Tapi kau jangan pandang rendah pada orang lain. Kau jangan duga kesabarang orang yang diuji Allah.

Allah tu sayangkan orang yang sabar.

“Mereka itulah orang-orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam surga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya”. (QS. Al Furqaan 25:75)



Tetapi janganlah kau mencabar sehingga aku tergelincir ke Jahannam.
Aku bersyukur Allah pilih aku. Semua manusia di duga. Aku hairan, kadang aku tanya, kenapa bukan benda ni terjadi kat orang kaya ek? Kat Kak Ros & Abang Jibby ke..

Dugaan miskin.
Dugaan sakit.
Dugaan pekerjaan.
Dugaan dianiayai.

Tapi kau ingat, semua dugaan yang Allah turukan akan membuatkan kita menjadi lebih baik. Sebab kau akan lebih sujud padaNya. Kau akan lebih ingat padanya. Kau akan lebih beringat.

Dugaan kekayaan.

Aku takut. Kadang kau lupa! Kau kaya! Yea, kau menjadi sanjungan. Mewahnya dia didalam Facebook. Setiap tahun keluar negara. Kau lupa. Ada hati yang kau sakitkan. Hati orang yang sedang diduga. Dugaan maha hebat dari Allah yang membuatkan dia terus diam dan redha. Kau tetap dipuncak. Kau tak fikir. Cuma difikiran, kau bagus. Mulut terus bercerita. Mentertawa kesakitan aku, kesakitan orang lain. Kau memang tak faham dan aku tak mintak kau faham cuma aku mintak kau hormat dan diam!!

Its okay beb.
Nothing to worry.

Aku diam untuk kebaikan.
Aku diam untuk menenangkan.
Aku diam kerana sabar.
Aku diam kerana menjaga hati.
Aku diam kerana aku menangisi.
Aku diam kerana aku bersyukur.
Aku diam kerana aku simpan didalam hati.

I forgive you!!



1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete